15 Februari 2011

sUrAt DaRi BeKaS kEkAsiH

salam hurm lm btol aku xupdate blog ksygan aku nih rndu plak nk mengomel.. entri kli nih aku nk kongsi ngan korg sume kisah lelaki zaman sekarang.. ape sje yg gf dorg wat serba serbi xkne ap agknye kn yg boy nak sbnrnye dr gal dorg..?? korg rs ap yek..?? mari kte sm2 pk2kn n komen mengomen ckit k..

Syarikat Air Mata,
Cik Galfren Sedey Binti Hampa,
Kampung Kecewa,
70707 Bandar Sengsara,
Malaysia.
_____________________________________________________________

Syarikat Hati Busyuk,
Encik Boypren Poyo Bin Selamber 
Kampung Berlagak,
90909 Bandar Termegah,
Malaysia.                                                                   29 Febuari 2038


Kekasihku tercinta,

PER:BELUM SEMPURNAKAH SAYA..??

Perkara di atas dirujuk dan berkaitan.

2.            Untuk makluman pihak tuan sepanjang perkenalan kita berdua saya lebih banyak mengalah dan tidak pernah berkira dalam banyak hal sepanjang perhubungan kita selama 101 tahun ini. Apabila anda menghantar sms 'syg call me back please' (rs cam nk bg back hand je) tetapi apabila perasaan sayang menguasai diri diturutkan jua panggilan tersebut. Apabila membuat panggilan pula hanya seminit dua sahaja lalu berkata 'syg bateri low kte msg ok' (bateri low ke crdt low) lalu diturutkan jua walau hati seperti kaca berderai. Tidak diakui mungkin kredit tambah nilai benar-benar tiada atau hujung bulan (belum gaji) kad tambah nilai turut diserahkan kepada tuan (cinta pye psl snggup). Apabila panggilan dibuat selalu 'waiting' (clien call katanye) walaupun jam hampir menunjukkan jam 12 tghari tengah malam hampr setiap malam.

3.            Selain itu juga, setiapkali jadual pertemuan diaturkan janji tidak pernah ditepati walau ditepati sekalipun pertemuan tersebut hanya berlangsung selama 5 minit sahaja kerana kawan lelakinya sedang menanti untuk aktiviti sukan (futsal,bola,badminton dan merempit katanya lah). Tidak dinafikan juga anda lebih mengenali sahabat karib anda itu tetapi tidak bolehkah anda meluangkan masa hanya satu jam hanya untuk insan tersayang setelah sepanjang hari duduk melepak bersama rakan karib anda..?? Semasa berbincang setelah selesai mengisi perut tuan serentak berkata 'syg yg blnj arini kn..??' (syg pye psl bkak purse sndri gak tlg byokn tok bf) walaupun sepanjang perkenalan blh dikira hanya beberapa kali sahaja memperoleh makanan FOC dari anda. (nasib bdn) 

4.       Bukan itu sahaja, sikap kejurujan yang ditunjukkan juga menunjukkan ketidakpuasan hati dari pihak tuan. Perempuan hanya pandai bermanja,mengada-ngada(mengedik), perasan cantik depan lelaki. Bukankah sifat wanita sejak azali sebegitu..?? untuk mendapat perhatian yang lebih dari orang yang begitu penting dalam hatinya. Pihak kami juga sedar akan kelemahan dan kekurangan yang dimiliki oleh pihak wanita. Segala kekesalan dan kemaafan dipohon agar tiada sebarang persengketaan diantara kedua belah pihak. Disini saya akhiri dengan serangkap dua pantun untuk bekas keksaihku yang masih dalam memori (almaklumlah memori 12 gig).


                     terlajak perahu boleh diundur
                     terlajak kata binasa
                     bialah diri ini berundur
                     sebelum lebih merana


Sekian, terima ksaih.


Yang Benar,
Cik Galfren Sedey Binti Hampa.



p/s coretan ini hanya untuk tatapan dan ulasan berdasarkan keadaan realiti tetapi bukan pengalaman..
maaf andai ada perasaan yang terusik dengan kata-kata dan segalanye lah yang terdapat pada blog nih..
surat ini ditulis atas permintaan seorang rakan yang telah mengalami pengalaman pahit seperti di atas bkn kehendak penulis ok penulis cme menyampaikan amanat dan ingin meminta sedikit pandangan sahaja.