07 November 2010

keputusan peperiksaan perkhidmatan awam

salam
syukur syukur syukur
syukur Ya Allah
berkat usaha dan doa 
akhirnya aku lulus juga exam 
yang baru aje aku ambil 
bulan lepas
lepas ni lg banyak khusus n exam aku amik
lg cepat la aku cmfom..
hehehehe
gembiranye ati xterkata
 semoga Tuhan merahmatiku 
sepanjang aku bekerja dan melaksanakan tugas serta
arahanmu Ya Allah..
tidak lupa juga 
TAHNIAH 
ku ucapkan
kepada semua rakan-rakan sekerja
yang turut lulus exam tersbut..
KAWAN-KAWAN 
lepas nih kte sama2 la tgu 
result test menaip la plak ye..
semoga KEGEMBIRAAN
menanti pasti..
 

01 November 2010

cAnTiKnYa LeLaki HeBaTnYa WaNiTa

Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki????

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.

5) Lelaki yang sentiasa berbaik sangka.

6) Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki

Dan dimana Kegagahan Wanita???

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:

Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat


Surah Al-Ahzab : Ayat 71

Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”